
Penting untuk perkembangan anak yang lebih positif !
Theraplay Malaysia dengan sukacitanya ingin menjemput ibu bapa menghadiri Program Bimbingan untuk Ibu Bapa yang Mempunyai Anak Kelewatan Fizikal. Program ini dianjurkan untuk membantu ibu bapa yang mempunyai anak yang menghidapi kelewatan dalam perkembangan fizikal, pergerakan, dan koordinasi.
Butiran program adalah seperti berikut :
Tarikh: 22 Disember 2024 (Ahad)
Masa: 10:00 pagi - 1:00 petang
Lokasi: Theraplay Malaysia, Kepala Batas, Pulau Pinang
Yuran: RM60 (untuk 1 keluarga - ibu, ayah & seorang anak)
Fasilitator: Ahli Terapi Cara Kerja Berdaftar (Hospital di bawah KKM)
Apa yang akan dikongsi ?
1. Kepelbagaian teknik rangsangan untuk meningkatkan kemahiran motor, pergerakan dan keseimbangan.
2. Latihan pergerakan dan koordinasi yang sesuai mengikut keperluan anak.
3. Latihan dan aktiviti yang sesuai untuk dilakukan di rumah mengikut tahap perkembangan anak.
Program ini akan dipimpin oleh Ahli Terapi Cara Kerja yang berpengalaman dari hospital di bawah KKM.
Beliau akan memberikan bimbingan praktikal dan nasihat untuk menyokong perkembangan anak anda dengan lebih baik !
>>>Daftar sekarang untuk tempat yang terhad !!
>>>Daftar sekarang untuk tempat yang terhad !!!
Rebutlah peluang ini untuk memberikan sokongan yang terbaik untuk anak anda !